300 rumah sekitar Kuala Kedah terjejas banjir kilat

300 rumah sekitar Kuala Kedah terjejas banjir kilat

Bagaimanapun tiada pusat pemindahan sementara dibuka susulan air pasang dan hujan.

Paras air yang dianggarkan 0.3m mulai surut dan semua jalan boleh dilalui kenderaan, kata jurucakap bomba Kedah. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:
Kira-kira 300 rumah penduduk di Kampung Cina dan kawasan sekitarnya di Kuala Kedah di sini, terjejas banjir kilat susulan air pasang serta hujan pada 12 tengah hari tadi.

Jurucakap bomba Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.13 tengah hari, namun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

“Pihak bomba hanya melakukan pemantauan di kawasan terlibat. Kesemua mangsa yang terjejas telah berpindah sendiri ke kawasan selamat,” katanya kepada Bernama.

Menurut jurucakap itu, berdasarkan maklumat terkini diterima pihaknya, paras air yang dianggarkan sedalam 0.3m itu mulai surut dan semua jalan boleh dilalui kenderaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.