
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Aidi Ismail berkata penurunan sebanyak 440 kes itu, jelas menunjukkan peranan dan kesedaran orang ramai yang mula menjaga keselamatan rumah masing-masing.
“Ia termasuklah dengan cara memasang penggera keselamatan dan kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman, serta kawalan secara berkala pihak berkaitan.
“Terima kasih pada semua masyarakat yang bukan sahaja memberi maklumat kepada pihak polis, tetapi menjaga kediaman masing-masing sepanjang perayaan Aidilfitri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Negara.
Dalam pada itu Aidi berkata orang ramai dinasihatkan untuk tidak leka dan tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, meskipun terdapat beberapa kelonggaran berhubung langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 berkuat kuasa pada 1 Mei lepas.
Jelasnya, pihak berkuasa juga akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan pematuhan SOP di tempat yang sepatutnya adalah dipatuhi.