
“Kumpulan orang yang memerlukan bantuan kini semakin besar,” kata Yeoh pada sambutan hari ibu. “Jadi sekarang kita tidak lagi melihat pada B40, mungkin kita melihat pada B60 atau B80.”
Yeoh berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu menambah bilangan pegawai kebajikan bagi menangani peningkatan bilangan orang yang memerlukan bantuan.
Beliau berkata, ketika kali terakhir perkara itu dibangkitkan di Parlimen, ahli parlimen diberitahu bahawa terdapat peningkatan dalam permohonan bantuan kebajikan, tetapi kekurangan tenaga kerja di jabatan kebajikan.
Pegawai kebajikan diperlukan untuk membuat panggilan ke rumah untuk temu duga bagi memastikan pemohon kebajikan layak menerima bantuan, katanya.
Yeoh, yang juga Ahli Parlimen Segambut, adalah timbalan menteri bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dalam kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.
Beliau berkata jumlah bantuan kebajikan perlu diselaraskan untuk menggambarkan kos sara hidup setiap negeri.
“Jika anda memberi RM500 sebulan di Kuala Lumpur dan Perlis, mungkin anda boleh bertahan dengan jumlah itu di Perlis, tetapi tidak di KL.”
Sudah tiba masanya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mula melihat kesan Covid-19 terhadap kos sara hidup dan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menambah jumlah bantuan kebajikan di mana perlu, katanya.