
Ini selepas pencabarnya yang mendapat jumlah undi sama pada pemilihan lalu menarik diri.
Halim, yang merupakan penyandang jawatan presiden sebelum pemilihan MTUC terakhir pada September 2020, menamakan Kamarul Baharin Mansor sebagai defendan atas kapasitinya sebagai setiausaha agung MTUC dalam saman yang difailkan bulan lalu.
Beliau mengisytiharkan dirinya sebagai presiden yang sah di bawah perlembagaan MTUC selepas pencabarnya, Mohd Jafar Majid menarik diri daripada pertikaian mengenai isu jawatan itu pada Mac.
Bagaimanapun, Kamarul meminta supaya diadakan mesyuarat majlis am sejurus selepas itu dan mengisytiharkan Halim bukan presiden dan jawatan itu masih kosong.
Dalam saman yang dilihat oleh FMT, Halim mendakwa bahawa beliau adalah presiden yang sah susulan penarikan diri Jaafar kerana dia adalah satu-satunya pencabar yang tinggal untuk jawatan itu.
“Saya adalah presiden untuk penggal 2017-2019 dan sepatutnya meneruskan jawatan untuk penggal 2020-2022 kerana tiada siapa yang memenangi jawatan itu secara langsung pada pemilihan lalu. Ini mengikut Fasal 7(13) perlembagaan MTUC,” katanya.
Pada pemilihan itu, Halim dan Jafar masing-masing memperoleh 136 undi manakala pencabar ketiga, Nor Azlan Yaacob mendapat 102 undi. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) meminta supaya pemilihan baharu diadakan semula tetapi ia tidak dilakukan setakat ini.
Halim mahu memohon pengisytiharan supaya beliau dibenarkan melaksanakan semua tugas presiden mengikut perintah tetap kongres sehingga pemilihan akan datang, yang ditetapkan akhir tahun ini.
Beliau juga mahu mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga mesyuarat majlis am, yang menjadi badan pembuat keputusan tertinggi dalam MTUC dan diadakan oleh Kamarul, terbatal dan tidak sah.
Beliau juga meminta mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga mesyuarat itu, yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi MTUC, yang dipanggil oleh Kamarul diisytiharkan terbatal dan tidak sah kerana ia diadakan secara ultra vires (di luar kuasa) perlembagaan badan itu.
“Saya juga ingin memohon pengisytiharan oleh mahkamah bahawa Kamarul gagal mematuhi klausa perlembagaan dalam mengendalikan MTUC setakat ini,” katanya.
Katanya, JPPM dimaklumkan secara rasmi bahawa Jafar telah menarik diri.
Sementara itu, sumber MTUC berkata, kepimpinan sedia ada menggesa persidangan perwakilan tiga tahun sekali pada Julai diadakan untuk memilih pemegang jawatan bagi penggal 2022-2024 walaupun belum menyelesaikan kebuntuan yang dihadapi.