
Ebit sempat berbual dan bertanya khabar dengan mereka. Beliau memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook.
“12 malam tadi saya ziarah transgender atau mak nyah yang bekerja di lorong gelap di Surabaya. Mereka kata eh, ini Ebit lew ya? Yang suap anak punk makan ya? Macam mimpi jumpa di sini.
“Berbual sekejap nampak ada yang sebak walau di lorong gelap di situ. Ada yang semenjak 14 tahun dah kerja di lorong sehingga sekarang. Ada yang menyara ibu lumpuh. Macam-macam kisah di sebalik mereka,” katanya.
Ebit turut berkata, golongan transgender itu juga ada bertanya tentang solat dan hal lain berkaitan agama.
“Banyak soalan dan luahan mereka. Yang halal itu halal. Yang haram tetap haram. Yang utama usaha kita untuk dekat pada Allah dan melaksanakannya. Ada yang kata bagaimana ye nak mula cari rezeki yang halal. Nak dekat dengan Allah. Rindu pada Allah,” katanya.
Ebit bersyukur dapat berkongsi ilmu, nasihat serta kasih sayang dengan golongan tersebut.
“Menangis mereka bila saya suap dan berkongsi cerita iman dengan kasih sayang. Walau sekejap terasa rapat dan macam kawan-kawan. Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu, nasihat dan kasih sayang.
“Mereka kata kami dah lama tak dengar semua ini. Tak pernah rasa dalam hidup dilayan begini dan dinasihati begini. Kami berkongsi nasihat dan belajar solat sampai dekat Subuh. Khusuk dan tekun mereka mendengar,” katanya.