Hampir 950,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi

Hampir 950,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,898,581 atau 93.2% lengkap vaksinasi, manakala 2,996,030 atau 96.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Seramai 1,560,474 atau 43.9% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
KUALA LUMPUR:
Seramai 945,787 atau 26.6% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, seramai 1,560,474 atau 43.9% kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,898,581 atau 93.2% lengkap vaksinasi, manakala 2,996,030 atau 96.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,045,993 individu dewasa atau 68.2% telah menerima dos penggalak, manakala 22,968,441 atau 97.6% melengkapkan dua dos vaksin dan 23,244,381 (98.8%) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 27,286 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam, melibatkan 8,290 dos pertama, 16,207 dos kedua dan 2,789 dos penggalak, menjadikan keseluruhan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,446,288.

Sementara itu menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, satu kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam di Kedah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.