Aktiviti radikal: 2 rakyat Singapura bebas daripada ISA

Aktiviti radikal: 2 rakyat Singapura bebas daripada ISA

Mereka termasuk isteri seorang rakyat Malaysia yang dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada April 2021 kerana memiliki bahan propaganda berkaitan keganasan.

Hazim Syahmi Mahfoot dan Ruqayyah Ramli masing-masing dibebaskan di bawah Arahan Penggantungan, awal tahun ini.
SINGAPURA:
Dua rakyat Singapura yang terlibat dengan aktiviti radikal dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masing-masing pada Januari dan Februari 2022.

Hazim Syahmi Mahfoot, 31, dan Ruqayyah Ramli, 35, isteri kepada rakyat Malaysia, Mohd Firdaus Kamal Intdzam yang telah dihantar pulang pada Ogos 2020 selepas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri selesai menjalankan siasatan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (MHA), Ruqayyah ditahan di bawah ISA pada April 2021, dipengaruhi oleh suaminya Mohd Firdaus untuk terlibat dalam aktiviti radikal dan menyokong hasratnya ke Syria untuk menyertai ISIS.

Selepas dihantar pulang pada 15 April 2021, Mahkamah Tinggi Malaysia menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada Mohd Firdaus kerana memiliki bahan propaganda berkaitan keganasan.

MHA menyatakan Ruqayyah pada awalnya menerima Arahan Sekatan (RO) pada Ogos 2020, sebelum ditahan pada April 2021 selepas didapati semakin radikal.

“Dia dibebaskan di bawah Arahan Penggantungan (SD) pada Februari 2022,” menurut laman sesawang MHA hari ini.

Sementara itu, Hazim Syahmi ditahan di bawah ISA pada Januari 2019 dan dibebaskan dengan SD pada Januari 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.