
Ketua Polis Cheras, Muhammad Idzam Jaafar, berkata kejadian dipercayai berlaku pada 5 petang tadi dan polis menerima laporan itu daripada isteri mangsa.
“Polis menerima satu video di media sosial yang memaparkan kejadian seorang lelaki dijumpai terbaring di tepi jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa kemudian menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras,” katanya dalam kenyataan.
Idzam berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipukul dan disamun oleh dua lelaki warga tempatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci masih dijalankan berhubung kejadian ini.
“Polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil bagi membantu siasatan.
“Sekiranya terdapat sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03 9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 2115 9999 atau balai polis berdekatan,” katanya.