
Berdasarkan hantaran dalam talian itu, Fahmi berkata beliau berjaya membaharui dokumen perjalanannya di Jabatan Imigresen Putrajaya.
“Pegawai imigresen itu memberitahu, ‘Saya suka apa yang kamu lakukan. Teruskannya’,” katanya.
Bulan lalu, Fahmi berkata beliau disenaraihitamkan dan dilarang meninggalkan Malaysia oleh polis. Katanya, beliau merancang ke Eropah pada Mei untuk satu persembahan teater dan mendapat tahu mengenai larangan itu apabila cuba mendapat kelulusan Bukit Aman menjelang penerbangannya.
“Jika penjenayah yang telah didapati bersalah kerana rasuah boleh mendapat kelulusan pergi ke luar negara, saya harap Bukit Aman boleh memberi saya izin untuk kali ini saja,” katanya dengan menambah tidak sepatutnya ada amalan “dwistandard”.
Fahmi didakwa menghina bekas menteri kesihatan Dr Adham Baba dan PAS di Mahkamah Sesyen, awal tahun ini.