4 cedera, tong gas meletup di P Pinang

4 cedera, tong gas meletup di P Pinang

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, tiga rumah turut mengalami kerosakan, dengan sebahagian struktur dinding runtuh.

Keadaan rumah selepas letupan tong gas memasak di Taman Cenderawasih di Nibong Tebal malam tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Empat cedera dalam letupan tong gas memasak di Taman Cenderawasih di Nibong Tebal semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang berkata, tiga rumah turut mengalami kerosakan dengan sebahagian struktur dindingnya runtuh.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.57 malam.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiga rumah yang setiap satu berkeluasan kira-kira 74 meter persegi mengalami kemusnahan antara 10 hingga 70% pada beberapa bahagian.

Kerosakan di bumbung rumah akibat letupan tong gas memasak malam tadi. (Gambar JBPM)

“Kemusnahan itu seakan-akan terkena bahan letupan pada bahagian bumbung dan dinding rumah yang berkemungkinan berpunca daripada kebocoran gas memasak,” katanya dalam kenyataan hari ini yang dipetik Berita Harian.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, empat penghuni yang cedera kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.