
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Sarifudin Mohd Salleh, langkah itu bagi memastikan aliran trafik terkawal susulan kepulangan warga kota selepas cuti Aidilfitri.
Katanya, polis sentiasa bersiap siaga untuk menerima pertambahan mendadak kenderaan dan menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati.
“Jangan membuat kesalahan yang boleh membahayakan nyawa kepada kita sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
“Perancangan JSPT KL, kami meletakkan pasukan untuk membantu mereka yang pulang dari kampung masuk ke pusat bandar dan kembali ke rumah masing-masing dalam keadaan selamat,” katanya pada sidang media awal pagi tadi selepas mengetuai Op Utama sempena Op Selamat 18 di ibu negara, lapor Harian Metro.
Sebanyak lima sekatan jalan raya dilakukan dalam operasi sehingga jam 3 pagi itu iaitu di Jalan Kuching, Jalan Loke Yew, Jalan Genting Klang, Jalan Duta Kiara dan Jalan Klang Lama.
Sarifudin berkata, seramai 13 pegawai dan 85 anggota terbabit dalam operasi itu yang mengesan pelbagai kesalahan jalan raya.