Wanita ditemukan lemah selepas hilang 4 hari di kebun

Wanita ditemukan lemah selepas hilang 4 hari di kebun

Mangsa dikenali sebagai Gorin Galais, 74, ditemukan pasukan penyelamat pada 10.30 pagi kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Wanita warga emas yang hilang diselamatkan pasukan bomba dengan bantuan polis, APM dan 49 penduduk kampung. (Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)
PETALING JAYA:
Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di kebun getah sejak 4 Mei lalu ditemui dalam keadaan lemah di kawasan hutan di Kampung Malangkap Kapa, Tuaran, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, mangsa dikenali sebagai Gorin Galais, 74 ditemukan pasukan penyelamat pada 10.30 pagi kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Mangsa dikatakan berada dalam keadaan lemah ketika ditemui, namun tiada sebarang kecederaan

Beliau memaklumkan, seramai lima anggota dan lima pegawai Pasukan Bomba Bantuan (PBB) dikerah ke lokasi untuk bantuan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua, hari ini menemui mangsa dalam keadaan letih sejauh 1.36 kilometer dari lokasi pos kawalan.

“Mangsa kemudian dibawa keluar dari kawasan hutan menggunakan pengusung dan dihantar ke Hospital Kota Belud untuk menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Terdahulu, operasi SAR dimulakan dengan membabitkan penduduk kampung, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba sendiri dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.