Lebih 25% kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Lebih 25% kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Sebanyak 1,542,513 kanak-kanak atau 43.4% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut.

Jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,365,518.
KUALA LUMPUR:
Sejumlah 894,826 atau 25.2% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNow, sebanyak 1,542,513 kanak-kanak atau 43.4% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,896,056 atau 93.1% telah lengkap vaksinasi manakala 2,993,641 atau 96.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam masa sama, sejumlah 16,040,212 atau 68.2% golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,814 atau 97.6% telah lengkap dua dos dan 23,243,830 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 19,105 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 4,382 dos pertama, 13,214 dos kedua dan 1,509 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,365,518.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.