
PETALING JAYA: Pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Pontian, Johor Bahru ditutup petang semalam selepas banjir surut sepenuhnya, lapor Bernama.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya, yang menempatkan 19 individu daripada empat buah keluarga dari Kampung Sri Segambut, ditutup pada 5 petang.
Pada 4 Mei lalu, iaitu sambutan hari ketiga Aidilfitri menyaksikan hujan lebat berterusan kira-kira sejak 5.30 pagi menyebabkan rumah penduduk di Kampung Sri Segambut, Kampung Jasa Sepakat dan Kampung Bukit Panjang dinaiki air.
Seramai 168 individu daripada 31 buah keluarga terjejas dalam kejadian banjir itu.