Jangan ‘hangat-hangat tahi ayam’ selesai isu buli doktor pelatih, kata exco

Jangan ‘hangat-hangat tahi ayam’ selesai isu buli doktor pelatih, kata exco

Walaupun siasatan seperti dijanjikan menteri kesihatan mengenai situasi itu dialu-alukan namun ia harus menjadi penyelesaian jangka panjang, kata Exco P Pinang Norlela Ariffin.

Norlela Ariffin mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa khas siasatan yang diumumkan Kementerian Kesihatan hari ini. (Gambar Facebook)
GEORGE TOWN:
Dakwaan mengenai layanan buruk terhadap doktor junior di sebuah hospital awam di sini membuatkan exco kerajaan Pulau Pinang menggesa tindakan segera bagi penyelesaian jangka panjang kepada masalah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Norlela Ariffin berkata penilaian psikiatri ke atas semua doktor —terutama doktor senior— harus dijalankan untuk melihat sama ada mereka pernah menjadi mangsa buli diri mereka sendiri dan mengambil tindakan itu terhadap doktor junior.

“Saya juga telah maklum kepada jabatan psikologi untuk periksa disebabkan budaya ini dah lama sangat adakah kita ada masalah di mana mereka ini iaitu doktor terdahulu pernah dibuli dan didera?,” soalnya.

Norlela berkata, selepas bercakap dengan doktor senior dan lain-lain dalam pertubuhan perubatan, dia diberitahu bahawa rawatan sebegitu untuk doktor junior adalah dijangkakan kerana mereka dilatih untuk “menghadapi tekanan” apabila menyelesaikan tugas mereka.

Dengan laporan terbaharu mengenai doktor pelatih yang mendakwa menerima layanan kasar oleh senior mereka, beliau tertanya-tanya sama ada ia adalah kitaran ganas yang masih belum berhenti.

Norlela turut mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa khas siasatan yang diumumkan Kementerian Kesihatan hari ini dan berkata:

“Saya nak supaya apa tindakan yang diambil itu bukan seperti tindakan macam hanya plaster sahaja.

“Maknanya tengok penyelesaian apa yang berlaku ini bagi penyelesaian yang menyeluruh bukan setakat macam letak plaster atau hangat-hangat tahi ayam,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook.

Norela berkata, beliau diberitahu oleh ahli keluarga bahawa doktor junior dilihat setaraf dengan doktor senior di United Kingdom dan sentiasa diberikan galakan oleh doktor senior dan pakar.

“Doktor pelatih di United Kingdom dilatih dan dilayan sebagai rakan kerja, dan mereka ini diberikan dorongan dan doktor senior yang pakar ini mereka layan pelatih sebagai rakan bukan sebagai orang bawah yang kena didera atau dibuli.

Norlela berkata, jika isu ini tidak ditangani, ia akan membawa kepada kehilangan bakat dan kekurangan doktor pada masa hadapan, kerana lebih ramai akan terpaksa meninggalkan negara lain kerana persekitaran kerja yang toksik.

“Bukan semua orang mampu mendapatkan penjagaan kesihatan swasta. Akhirnya rakyat Malaysia rugi. Kita perlu berjuang untuk doktor kita supaya mereka dapat menyelamatkan nyawa kita,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.