Jangkitan harian Covid-19 naik sedikit kepada 1,054 kes

Jangkitan harian Covid-19 naik sedikit kepada 1,054 kes

Jumlah itu lebih tinggi daripada 922 kes baharu yang direkodkan kelmarin.

Sebanyak 1,053 kes Covid-19 penularan tempatan dan satu kes import dicatatkan semalam.
PETALING JAYA:
Jumlah kes harian Covid-19 meningkat sedikit kepada 1,054 kes baharu semalam berbanding 922 kes yang direkodkan kelmarin.

Menurut data di laman web CovidNow, jumlah kes baharu itu membabitkan 1,053 kes penularan tempatan serta satu kes import.

Ini menjadikan keseluruhan jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,452,835 kes dengan 35,567 kematian, selepas tiga kematian dicatatkan semalam.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 28,777 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 74 pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 41 memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.1% atau 27,361 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 14 kes dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,328 orang atau 4.6% menerima rawatan di hospital.

Seramai 4,107 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal 7,010 kluster, dengan 81 masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.