Skor kebebasan media turun, wujudkan semula majlis media, gesa ahli Parlimen

Skor kebebasan media turun, wujudkan semula majlis media, gesa ahli Parlimen

Kedudukan skor markah keseluruhan negara merosot daripada 60.53 kepada 51.55 menurut Reporter Without Borders (RSF)

Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi berkata, kedudukan Malaysia adalah “antara yang paling teruk” di dunia dari segi kebebasan akhbar, berada di kedudukan 113 daripada 180 negara dalam laporan RSF 2022.
PETALING JAYA:
Seorang ahli Parlimen DAP menggesa supaya gerakan membentuk majlis media dihidupkan semula selepas Malaysia jatuh hampir 10 anak tangga pada indeks kebebasan media tahunan Wartawan Tanpa Sempadan atau Reporters Without Border (RSF).

Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi, yang juga seorang bekas wartawan, berkata kedudukan Malaysia adalah “antara yang paling teruk” di dunia dari segi kebebasan akhbar, berada di kedudukan 113 daripada 180 negara dalam laporan RSF 2022.

Dalam satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Harapan telah menghasilkan laporan dan draf rang undang-undang mengenai pembentukan majlis media, sebelum pertukaran pentadbiran pada 2020.

“Laporan RSF benar-benar menunjukkan bahawa kita kini berada dalam era baru polarisasi. Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk mengurangkan kesan polarisasi tersebut dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Langkah ke hadapan bukanlah untuk menghalang kebebasan bersuara dan media tetapi untuk menyediakan ruang yang selamat, menggalakkan perbualan sivil tetapi secara terus terang.

” Oleh itu, DAP menyeru kerajaan persekutuan untuk segera membentuk majlis media yang telah lama tertunggak sebagai badan kawal selia untuk memudahkan, melindungi dan mengawal selia kebebasan media di negara ini,” katanya dalam kenyataan.

Wong menambah bahawa adalah penting untuk mempromosikan digital dan literasi media supaya orang ramai menjadi pengguna “bermaklumat dan bijak”.

RSF meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-113 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2022 semalam, sedikit lebih baik berbanding kedudukan ke-119 tahun lepas.

Bagaimanapun, skor markah keseluruhannya merosot daripada 60.53 kepada 51.55.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.