Lebih 870,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Lebih 870,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,537,013 atau 43.3% kanak-kanak dalam kumpulan usia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

KUALA LUMPUR:
Seramai 872,058 atau 24.6% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,537,013 atau 43.3% kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,894,793 atau 93% telah lengkap vaksinasi manakala 2,992,466 atau 96.1% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,036,202 atau 68.2% golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,290 atau 97.6% telah lengkap dua dos dan 23,243,513 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 1,473 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 200 dos pertama, 1,041 dos kedua dan 232 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,329,975.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sembilan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan dua kes dilaporkan masing-masing di Kedah dan Perak manakala Johor, Pahang, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor, masing-masing merekodkan satu kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.