Perak bekal 1,000 kit ujian Covid-19 percuma kepada 59 pusat khidmat ADUN

Perak bekal 1,000 kit ujian Covid-19 percuma kepada 59 pusat khidmat ADUN

Exco Mohd Akmal Kamarudin berkata, pemberian kit ujian dalam masa terdekat itu diharap dapat mengawal dan memutuskan rantaian Covid-19 pada peringkat awal.

Sebanyak 1,000 RTK-Ag percuma akan diagihkan kepada setiap pusat khidmat ADUN di Perak dan seterusnya diedarkan kepada rakyat. (Gambar Bernama)
IPOH:
Kerajaan Perak melalui jabatan kesihatan negeri akan menyediakan 1,000 kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) percuma kepada 59 pusat khidmat ADUN sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi Covid-19 ketika musim perayaan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata, pemberian kit ujian dalam masa terdekat itu diharap dapat mengawal dan memutuskan rantaian Covid-19 pada peringkat awal.

“Sebanyak 1,000 RTK-Ag ini akan diagihkan kepada setiap pusat khidmat ADUN dan seterusnya diedarkan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya anjuran kerajaan negeri di Stadium Indera Mulia hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini tiada keperluan untuk membuka pusat kuarantin Covid-19 di negeri itu memandangkan sistem kesihatan semakin baik dan pesakit boleh menjalani kuarantin di rumah.

“Kebanyakan pesakit Covid-19 berada dalam Kategori 1 dan 2 dengan mereka hanya menjalani kuarantin di rumah serta boleh sembuh dalam masa dua ke tiga hari,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.