Lelaki parah digigit anjing peliharaan sendiri

Lelaki parah digigit anjing peliharaan sendiri

Mangsa berusia 20 tahun parah di tangan dan seorang lagi mangsa berusia 25 tahun cedera ringan di paha.

Anjing yang menyerang tuannya ditenangkan sebelum diserahkan semula kepada pemiliknya. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua lelaki cedera, termasuk seorang parah selepas digigit anjing peliharaan sendiri di Taman Putera Pogun, Penampang, Sabah, semalam.

Mangsa berusia 20 tahun itu parah di tangan, manakala seorang lagi yang berusia 25 tahun cedera ringan di bahagian paha.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera serta EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang dikejarkan ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan pada 3.49 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kedua-dua lelaki terbabit digigit anjing peliharaan dan seorang mangsa parah di bahagian tangan, manakala seorang lagi cedera ringan di paha.

“Mereka kemudian diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke klinik oleh ibu mereka untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Berita Harian.

Beliau berkata, pada masa sama, pasukan bomba menenangkan anjing itu sebelum menangkapnya.

Katanya, anjing itu kemudian diserahkan semula kepada pemiliknya dan operasi tamat pada 4.42 petang Isnin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.