MPK diarah siasat tarian joget tradisional ketika Ramadan

MPK diarah siasat tarian joget tradisional ketika Ramadan

Exco Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ia dianggap tidak menghormati bulan Ramadan dan melanggar garis panduan negeri yang diperkenalkan pada 2020.

Exco Terengganu, Hanafiah Mat berkata, beliau dimaklumkan program tarian joget tradisional itu tidak mendapat kebenaran MPK. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan Terengganu mengarahkan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menyiasat aktiviti tarian joget tradisional membabitkan penari lelaki dan wanita yang tular semalam dan mengambil tindakan terhadap pengurusan Mesra Mall di daerah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat sangat dukacita dan dimaklumkan program itu tidak mendapat kebenaran MPK.

“Ia dianggap tidak menghormati bulan Ramadan. Pihak penganjur jelas melanggar Garis Panduan Hiburan, Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Terengganu yang mula diperkenalkan kerajaan negeri pada 2020.

“Saya sangat berharap perkara sebegini tidak berulang pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan semalam yang dipetik Bernama.

Terdahulu, tular rakaman video satu minit lapan saat yang memaparkan empat individu, termasuk dua wanita tidak bertudung dan berpakaian tradisional sedang menari dengan ditonton pengunjung pusat beli-belah itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.