Trafik lancar, tetapi laluan ke utara masih sesak teruk

Trafik lancar, tetapi laluan ke utara masih sesak teruk

Rakaman CCTV menunjukkan lalu lintas lancar di kebanyakan lebuh raya, dengan kesesakan berlaku di selatan Perak; dari Bukit Merah ke Jawi, Pulau Pinang; dan arah timur dari Bukit Tinggi ke Genting Sempah.

Kesesakan dilaporkan berlaku di laluan utara Sungkai-Tapah-Gopeng E1 pada 9.22 malam tadi. (Gambar LLM)
PETALING JAYA:
Kesesakan lalu lintas di kebanyakan lebuh raya di Semenanjung Malaysia mulai pulih petang ini, bagaimanapun laluan keluar ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan (E1) kekal sesak jam 7 malam ini ketika rakyat Malaysia meneruskan perjalanan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan, kesesakan berlaku di beberapa lokasi di laluan menghala utara di E1 iaitu dari Behrang ke Slim River, Slim River ke Bidor, dan Tapah ke Gopeng; Terowong Menora ke Sg Perak dan dari Bukit Merah ke Jawi.

Trafik juga perlahan di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (E8) sebelum susur keluar plaza tol Kuala Terengganu.

Di kawasan tengah, kesesakan dilaporkan berlaku di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (E8) dari Gombak ke Genting Sempah, Genting Sempah ke Bukit Tinggi, dan Bukit Tinggi ke Bentong setakat 7 malam.

Tangkap layar CCTV Lebuh raya Plus menunjukkan keadaan di E1 arah utara di lebuh raya berkenaan yang sesak menjelang sambutan Hari Raya esok. (Gambar LLM)

Kesesakan di lorong arah selatan di E1 dilaporkan di Ayer Keroh-Jasin, dan di E2 dari Port Dickson ke Senawang.

Awal hari ini, pengendali lebuh raya PLUS melaporkan kesesakan sepanjang 150km dari Rawang ke arah utara ke Gopeng di arah utara E1.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.