
Arahan itu terpakai bagi semua agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun sebelum ia diperluaskan kepada sektor swasta.
“Kerajaan menyediakan geran tahunan RM10 juta pada 2019 dan RM30 juta sejak 2020 bagi inisiatif ini yang akan memberi kelegaan kepada pekerja yang mempunyai anak kecil,” katanya dalam ucapan sempena Hari Buruh.
Dasar mewujudkan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja sebelum ini didesak Pakatan Harapan ketika menerajui Putrajaya.
Ismail turut mengumumkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia atau MyEzCover.com yang menyediakan pakej ansuran bulanan tanpa faedah selama 10 bulan.
Ia akan ditawarkan kepada penjawat awam terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada pekerja di sektor swasta.
“Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Perkeso dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa),” katanya.