
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kerja pembaikan sudah bermula pada 11.30 pagi tadi dan dijangka siap sepenuhnya pada 9.30 malam ini.
Kawasan terjejas adalah Bukit Permai Industri, Kampung Cheras Baru, Pandan Bistari, Taman Bukit Pandan, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Teratai, Taman Mawar; Taman Mega Jaya, Taman Melur; Taman Mestika, Taman Muda; Taman Pandan Mewah, Taman Putra, Taman Saga dan Taman Seraya.
Menurut kenyataan, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna setelah kerja pembaikan siap dilaksanakan.
Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
Pengguna boleh merujuk ke semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 bagi maklumat lanjut.