Kenderaan bertambah, Lebuhraya Karak sesak 17km

Kenderaan bertambah, Lebuhraya Karak sesak 17km

Kesesakan berlaku berikutan pertambahan jumlah kenderaan yang menghala ke Pantai Timur.

Kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berlaku akibat pertambahan jumlah kenderaan.
PETALING JAYA:
Kesesakan sepanjang lebih 17km dilaporkan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke timur akibat pertambahan jumlah kenderaan.

Jurucakap Anih Berhad berkata, setakat 12.04 tengah hari kesesakan masih berterusan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2) hingga ke Plaza Tol Gombak.

“Pada masa ini, berlaku kesesakan kira-kira 17km bermula dari Plaza Tol Gombak hingga ke Kilometer (KM) 37.2 arah dari Gombak ke Bukit Tinggi.

“Selain itu, kesesakan sepanjang 2km turut berlaku dari KM40.8 hingga KM42.8 laluan Bukit Tinggi ke arah Lentang,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Jurucakap itu memaklumkan, kesesakan berlaku berikutan pertambahan jumlah kenderaan yang menghala ke Pantai Timur.

Sementara itu, katanya keadaan trafik di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dilaporkan lancar di kedua-dua arah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.