
Bagaimanapun, lelaki itu ditangkap semula di Batu Kurau, Perak semalam.
Shuhaily berkata, terdapat elemen kecuaian dalam kes berkenaan dan polis sedang memuktamadkan kertas siasatan membabitkan enam anggota berpangkat koperal dan lans koperal yang berusia 20-an hingga 30-an.
Tahanan yang lolos itu, Azizi Mohammad Hassan, 33, ditangkap semula kira-kira 6 petang semalam dalam sebuah bilik di sebuah chalet.
“Kami sedang mengenal pasti siapa yang membantu membawanya ke tempat itu. Dia ditemui dalam keadaan badannya bengkak dan ruam, dipercayai berpunca daripada alahan kulit. Dia segera dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya dipetik Bernama dalam sidang media di George Town.
“Siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan ditahan atas kesalahan dadah, melepaskan diri dari lokap polis tanpa bantuan sesiapa. Dia dipercayai melarikan diri untuk bersama isterinya yang akan bersalin,” katanya.