
Ini kerana, rancangan itu berisiko menjejaskan usaha pemulihan ekonomi, merosakkan mata pencarian rakyat Pulau Pinang dan menyebabkan pekerjaan berisiko “di persimpangan sangat kritikal”, kata Mich Goh, ketua dasar awam Airbnb, Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan.
“Dengan sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam ekonomi Pulau Pinang, melaksanakan sekatan tanpa pertimbangan sewajarnya ke atas penginapan kediaman jangka pendek (STRA) di bangunan kediaman tinggi akan memberi impak negatif kepada momentum pemulihan negeri dan pertumbuhan pelancongan jangka panjang.”
Katanya, rancangan itu akan menyukarkan negeri untuk terus berdaya saing dan menarik pelancong.
Airbnb dalam tinjauannya sendiri mendakwa 60% rakyat Pulau Pinang percaya STRA meningkatkan pendapatan pelancongan.
Tinjauan itu turut mendapati 80% rakyat Pulau Pinang bersetuju menggunakan lebihan pangsapuri kosong untuk penyewaan jangka pendek bagi menangani hartanah tidak terjual.
Goh mencadangkan kerajaan membenarkan badan pengurusan bersama (JMB) dan jawatankuasa pengurusan (MC) memutuskan sama ada mahu menggubal undang-undang kecil atau sekatan tambahan STRA.
“Ini memberi kuasa kepada penduduk untuk menentukan sama ada dan bagaimana STRA perlu dilaksanakan di bangunan mereka.”
Semalam, Exco negeri, Jagdeep Singh Deo, yang merupakan pengerusi jawatankuasa perumahan berkata, larangan inap desa itu dalam bentuk “garis panduan” itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk dilaksanakan.
Walaupun tarikh penguatkuasaan larangan itu belum diputuskan, katanya, kerajaan negeri bersetuju dengan rancangan itu berdasarkan pelbagai aduan daripada kumpulan penduduk pangsapuri, kondominium dan kawasan perumahan.