
Berkenaan kenderaan anda, aktiviti seperti mengisi petrol, menukar minyak atau mencuci kereta adalah antara perkhidmatan yang boleh dilakukan dengan cepat.
Walaupun interaksi bersemuka mengambil masa lebih lama dan menjadi kebiasaan apabila memperbaharui insurans kenderaan anda, namun, beberapa syarikat utama kini melakukan perubahan dan berazam untuk menawarkan kemudahan yang lebih banyak kepada orang ramai.
Dengan wujudnya pelbagai pilihan di pasaran, takaful menjadi pilihan yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kepercayaan kerana model perniagaannya yang dipacu dengan prinsip.
Pelanggan takaful yang ditimpa musibah akan dibantu melalui derma (tabarru) daripada sumbangan kewangan yang dikumpulkan dalam dana risiko.
Dianggap sebagai satu bentuk derma yang bersifat unilateral, takaful boleh menerima unsur ketidakpastian (gharar) seperti insiden dan musibah yang tidak dijangka, di samping menghapuskan unsur perjudian (maisir) dari segi sumbangan atau diberi pampasan pulangan.
Merintis ruang itu, takaful Etiqa merupakan syarikat pertama yang memasarkan Motor Takaful secara dalam talian pada 2009.
Keselesaan dan popularitinya yang semakin meningkat terbukti sepanjang tempoh pandemik Covid-19 dengan menyaksikan peningkatan hampir 75% dalam bilangan kereta yang memperbaharui Takaful secara dalam talian dari 2019 hingga tahun 2021.
Lonjakan minat ini menyaksikan lebih 200,000 kereta dilindungi melalui MotorTakaful.com pada tahun lepas sahaja.
Dengan matlamat tunggal menyediakan akses kepada proses perlindungan yang pantas dan mampu milik, ketenangan fikiran dan perkhidmatan terbaik kepada pasaran, Etiqa menumpukan perhatian kepada pelaksanaan moto mereka, iaitu FEBA (Nasihat Cepat dan Mudah).
Dengan mendidik dan menyediakan maklumat terbaik melalui portal dalam taliannya, MotorTakaful.com, pelanggan boleh membuat keputusan dengan maklumat dan menikmati perlindungan secara dalam talian hanya dalam beberapa minit sahaja.
Dengan hanya memasukkan nombor plat kenderaan anda atau maklumat kenderaan baharu yang tidak berdaftar, poskod dan no kad pengenalan/pasport di laman webnya, satu sebut harga akan dikemukakan dengan beberapa pilihan pembayaran untuk melengkapkan proses yang lancar itu.
Anda akan menerima perlindungan segera dan e-sijil secara mudah melalui e-mel tanpa perlu menunggu lama.
Populariti Etiqa menjadi lebih jelas dengan proses memperbaharui atau mendapatkan perlindungan yang cepat dan mudah sekiranya berlaku sesuatu kemalangan.

Shahrul Azuan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Takaful Berhad berkata, “Sasaran kami adalah untuk sentiasa efisien dan memastikan tuntutan yang dibuat oleh pelanggan diselesaikan secepat mungkin.”
Pilihan untuk menghubungi ejen sokongan melalui panggilan atau Whatsapp turut ditawarkan mengikut keselesaan dan kesesuaian pelanggan.
Untuk keselamatan anda dan kemudahan tambahan dalam menangani sebarang kemalangan yang memerlukan bantuan lanjut, melalui kemudahan live chat yang tersedia 24 jam, anda boleh:
- mendapatkan kemudahan ambulans dalam kecemasan perubatan
- mendapatkan khidmat tunda untuk kenderaan yang tidak boleh dipandu ke bengkel (secara percuma sehingga 200km atau daftar sebelum 14 Julai 2022 untuk menikmati sehingga 300km)
- menempah kereta sewa semasa pembaikan dilakukan (hanya sekitar kawasan Lembah Klang sehingga 14 hari)
Walaupun proses serahan tuntutan secara tradisinya mengambil masa dan mengandungi beberapa cabaran, penyelesaian tanpa masalah Etiqa hanya memerlukan satu panggilan telefon sahaja bagi membolehkan ejen tuntutan menyelesaikan masalah anda secara maya dalam masa sebenar.
Dengan aplikasi e-Cleva, ejen akan berhubung melalui panggilan video untuk merakam dan menilai kerosakan kenderaan anda dalam beberapa minit sahaja.
Jika anggarannya berada bawah RM5,000, anda akan menerima tawaran pampasan serta-merta dan boleh menerimanya hanya dengan tandatangan pengesahan menerusi telefon pintar anda dan semua ini boleh dilakukan dalam masa 30 minit.
Tanpa perlu menunggu beberapa hari atau minggu untuk pembayaran dibuat, dana akan dipindahkan secara elektronik terus ke akaun bank sebaik sahaja panggilan anda selesai.
Amat melegakan untuk mengetahui bahawa sekiranya berlaku kemalangan, kini terdapat pilihan yang lebih mudah melindungi keluarga, kenderaan dan kesejahteraan anda.
Terokai manfaat takaful dengan lebih lanjut dengan melayari Motor Takaful.com