806,532 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

806,532 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Sebanyak 1,518,923 atau 42.8% kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini ialah 70,233,232.
KUALA LUMPUR:
Sebanyak 806,532 atau 22.7% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,518,923 atau 42.8% kanak-kanak dalam kumpulan sama menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,892,051 atau 93% telah lengkap vaksinasi manakala 2,990,315 atau 96.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,029,483 individu dewasa atau 68.1% telah menerima dos penggalak, manakala 22,966,486 atau 97.6% melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,789 (98.8%) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 32,106 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 7,973 dos pertama, 19,923 dos kedua dan 4,210 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,233,232.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.