KPM bincang tangani masalah kurang tempat DLP sekolah menengah, kata Radzi

KPM bincang tangani masalah kurang tempat DLP sekolah menengah, kata Radzi

Kementerian Pendidikan akan mengumumkan pendekatan akan diambil selepas perkara itu dibincangkan.

Menteri Pendidikan Radzi Jidin akan mengumumkan pendekatan bersesuaian bagi menangani masalah kurang tempat untuk program dwibahasa (DLP) terutama di sekolah menengah.
PUTRAJAYA:
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang berbincang pendekatan bersesuaian bagi menangani kekurangan tempat di sekolah menengah bagi program dwibahasa (DLP), kata Radzi Jidin.

Menteri kanan pendidikan itu berkata, KPM akan mengumumkan pendekatan yang akan diambil apabila selesai membincangkan perkara itu.

“Perkara ini sedang bincang. Situasi semasa dan pendekatan-pendekatan yang akan ambil berkaitan dengan tempat murid DLP di sekolah menengah.

“Bila kita selesai kita akan maklumkan pendekatan paling sesuai,” katanya pada sidang media di auditorium KPM.

Pada 25 April lalu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim berkata, setiap negeri harus mempunyai sebuah sekolah beraliran bahasa Inggeris bagi membolehkan muridnya menjadi guru bahasa itu nanti.

Beliau menggesa KPM meningkatkan DLP dengan memberikan kuasa dan skop lebih besar kepada Unit Bahasa Inggerisnya.

DLP berdepan pelbagai halangan sejak ia diperkenalkan pada 2016 yang menawarkan murid pilihan mempelajari mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Program itu ditawarkan di sekolah terpilih dan mengalami masalah tempat yang terhad dan kekurangan guru berkelayakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.