5 Mei cuti peristiwa di Terengganu

5 Mei cuti peristiwa di Terengganu

Ini bermakna kakitangan kerajaan negeri itu boleh bercuti dari Selasa hingga Sabtu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu bagi memudahkan kakitangan kerajaan dan GLC negeri terus berhari raya tanpa perlu datang bekerja pada Khamis. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU:
Kerajaan Terengganu bersetuju memberi cuti peristiwa pada 5 Mei ini, sekiranya Hari Raya jatuh pada 3 Mei.

Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

“Sekiranya hari raya pertama pada Selasa (3 Mei) dan Rabu (4 Mei) adalah hari raya kedua yang sememangnya hari cuti. Jadi, Khamis (5 Mei) ‘tersepit’ di situ kerana Jumaat dan Sabtu (6 dan 7 Mei) adalah hari cuti di Terengganu.

“Jadi, ia untuk memudahkan pekerja di sektor perkhidmatan kerajaan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) Terengganu supaya mereka dapat terus berhari raya tanpa perlu datang bekerja pada Khamis (5 Mei),” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Terengganu di Wisma Darul Iman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.