13 kematian Covid-19, 3,361 kes baharu Covid-19

13 kematian Covid-19, 3,361 kes baharu Covid-19

Sebanyak satu kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

13 kes kematian Covid-19 direkodkan semalam dengan satu kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 13 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 3,361 kes Covid-19 meliputi 3,355 penularan tempatan dan enam kes import.

Daripada jumlah kematian itu, satu kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,520.

Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tiga kes, diikuti Kedah dan Perak (masing-masing dua) serta Melaka, Pahang, Pulau Pinang (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 61,871 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 101 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 63 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 9,484 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,436,912.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.