Lelaki tak bayar hutang parah ditetak sekumpulan lelaki

Lelaki tak bayar hutang parah ditetak sekumpulan lelaki

Suspek datang berkumpulan menendang pintu rumah sebelum menetak kaki mangsa berusia 40an menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa parah dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki parah kedua-dua belah kaki selepas ditetak dengan senjata tajam oleh sekumpulan lelaki yang datang meminta hutang dalam kejadian di rumahnya di Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Kejadian berlaku pada 2.15 pagi itu menyebabkan mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa berada di dalam rumah sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Katanya, sekumpulan lelaki itu dipercayai tiba-tiba menendang pintu rumah sebelum salah seorang suspek meminta mangsa menjelaskan hutangnya.

“Mangsa memaklumkan dia tiada wang dan kumpulan lelaki itu terus menetak bahagian kakinya dengan senjata tajam hingga cedera dan melarikan diri,” katanya menurut laporan Kosmo.

Menurutnya, susulan kejadian itu polis giat mengesan kesemua suspek termasuk menyiasat motif sebenar kejadian.

Rosdi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (A) Akta Senjata 1960.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.