
Komander Operasi Kanan Bomba dan Penyelamat, Ahmad Daniel Ahmad Kamal berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 petang sebelum menggerakkan 60 anggota ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi pada 6.32 petang dan mendapati sebuah stor menyimpan bahan bukti terbakar. Stor berkenaan terbakar 30% selain turut memusnahkan 50 buah kenderaan.
“Tiga lelaki cedera dalam kejadian itu dan mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.04 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, prosedur operasi standard (SOP) pelupusan barang kes mengikut perintah mahkamah iaitu melupus barang kes dengan cara gelek menggunakan jentolak dan siraman air dan kemudian ditanam.
Sebelum itu, polis Sentul dilaporkan melupuskan 1,059 kotak dan 35 guni mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM4.1 juta.