Maybank mohon maaf susulan gangguan perkhidmatan

Maybank mohon maaf susulan gangguan perkhidmatan

Bank itu berkata ia sedang berusaha menyelesai dan memulihkan perkhidmatan yang menjejaskan penggunaan laman sesawang Maybank2u, aplikasi M2U, MAE dan kad debit bermula Isnin 9 pagi.

Maybank memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan disebabkan oleh gangguan perkhidmatan.
KUALA LUMPUR:
Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya mula mengalami kelembapan berikutan jumlah trafik tinggi yang belum pernah berlaku sebelum ini di seluruh platformnya.

Dalam kenyataan hari ini, bank itu berkata, ia sedang berusaha untuk menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatannya yang menjejaskan penggunaan laman sesawang Maybank2u, Aplikasi M2U, Aplikasi MAE dan kad debit bermula Isnin 9 pagi.

“Sila yakin bahawa baki dan butiran akaun anda tidak terjejas dan terjamin dengan kami. Kami memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang disebabkan oleh gangguan ini.

“Kami menghargai sikap bertimbang rasa dan kesabaran pelanggan kami dan akan terus memaklumkan kepada mereka secara berkala melalui media sosial rasmi Maybank dan platform M2U,” katanya.

Untuk bantuan dan kemas kini lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau mengikuti/berkomunikasi dengan bank melalui platform media sosialnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.