
Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan malam tadi memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya untuk penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni bermula 11 pagi hingga 1 tengah hari.
“Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zohor di dewan solat utama. Jenazah akan dibawa dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sejurus selepas selesai solat jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.
“Pelawat yang akan memberikan penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dinasihatkan tiba di dewan mulai 11 pagi hingga 1 tengah hari sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya pada 1.30 tengah hari,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, jenazah dijadualkan tiba di KLIA pada 3 pagi Isnin sebelum dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Ali, 66, yang berkhidmat sebagai KSN ke-13 selama enam tahun dari 2012, meninggal dunia di sebuah hospital di Dublin, Ireland pada Khamis.