

Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan sebelum ini dilaporkan berkata, syarikat wajar memberikan gaji lebih kecil kepada pekerja BDR.
Beliau berkata, elaun perjalanan tidak harus diteruskan jika pekerja bekerja dari rumah.
Sebagai respons, bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pekerja yang bekerja dari rumah masih perlu mengeluarkan wang untuk syarikat.
“Bil elektrik, wifi bayar sendiri. Selalunya memang kena kerja sampai malam juga.
Tonton video di sini.
“Sepatutnya bagi cadangan untuk majikan bayar elaun lebih – kalau ikut logik mereka,” kata ahli Parlimen Muar itu.
Bekas menteri sumber manusia, M Kula Segaran, menyifatkan cadangan Shamsuddin sebagai “cetek” dan tidak peka dengan perubahan yang berlaku dalam dunia pekerjaan dengan bantuan teknologi.
Ahli Parlimen Ipoh Barat itu berkata, “mungkin sekarang” Kementerian Sumber Manusia boleh mengadakan semula mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) melibatkan pekerja, majikan dan Putrajaya, yang kali terakhir diadakan pada 2020.
“Kenyataan ini tidak bertanggungjawab,” tambah Kula di Twitter.
Sementara itu, bekas ketua pegawai eksekutif PNB Abdul Jalil Abdul Rasheed mengecam kenyataan MEF itu sebagai “memalukan”.