
KKM turut melaporkan 4,006 baharu kes Covid-19 melibatkan 3,999 penularan tempatan dan tujuh kes import.
Daripada jumlah kematian itu, tiada kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,499.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu dua kes, diikuti Johor, Melaka, Pahang, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 74,752 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 98 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 61 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 10,223 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,431,073.