9 kematian baharu Covid-19, 5,624 kes

9 kematian baharu Covid-19, 5,624 kes

Sebanyak dua kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

9 kes kematian Covid-19 direkodkan semalam dengan dua diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 9 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 5,624 kes Covid-19 dan termasuk 5,607 penularan tempatan dan 17 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, dua korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,491.

Kedah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, diikuti Johor, Sabah dan Sarawak (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 80,977 kes aktif dilaporkan, termasuk 89 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 57 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 10,041 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 4,427,067.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.