Fahmi Reza dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi

Fahmi Reza dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi

Bagaimanapun, pelukis grafik dan aktivis berkenaan tidak berkongsi sebarang maklumat sebab dipanggil polis.

Pelukis grafik dan aktivis, Fahmi Reza, dipanggil polis buat kali kedua bulan ini.
PETALING JAYA:
Pelukis grafik dan aktivis, Fahmi Reza, dipanggil polis buat kali kedua, bulan ini.

Dalam ciapan ringkas di Twitter, Fahmi berkata: “Kembali ke Bukit Aman hari ini untuk janji temu dengan polis.”

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan sebab dirinya dipanggil polis.

Awal bulan ini, Fahmi dipanggil polis selepas berkongsi potret seekor beruk memakai tengkolok dan berkeris seperti bangsawan di media sosial.

Beliau kemudian ditahan di Bukit Aman mengikut Akta Hasutan susulan siasatan berhubung perkongsian potret itu, namun dibebaskan sehari selepas itu.

Bulan lalu, Fahmi dituduh di Mahkamah Sesyen selepas didakwa menghina PAS dengan memuat naik grafik mengaitkan parti berkenaan dengan alkohol di Facebook. Beliau mengaku tidak bersalah.

Beliau dituduh mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia susulan pihak pendakwaan berhujah bahawa Fahmi memuat naik hantaran pada 1 Jun 2021, dengan sengaja mengaibkan dengan niat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.