5 kematian, 5,899 kes baharu Covid-19

5 kematian, 5,899 kes baharu Covid-19

Sebanyak empat kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

Lima kes kematian Covid-19 direkodkan semalam dengan empat diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital . (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan lima kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 5,899 kes Covid-19 meliputi 5,883 penularan tempatan dan 16 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, empat kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,470.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tiga kes dan Sabah serta Sarawak, masing-masing satu kes.

Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 88,184 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 92 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 61 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 8,434 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,415,101.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.