Tak terima pinjaman, kad ATM peminjam dijual RM2,500

Tak terima pinjaman, kad ATM peminjam dijual RM2,500

Polis berkata, sindiket menjanjikan pinjaman peribadi kepada individu memerlukan wang tunai yang akan menyerahkan kad ATM dan kod pin sebagai cagaran.

Polis berkata, pemilik kad dijanjikan pinjaman peribadi sebagai pertukaran untuk menyerahkan kad ATM dan kod pin mereka.
PETALING JAYA:
Polis menumpaskan sebuah sindiket yang terbabit dalam menjual kad ATM pengambil pinjaman peribadi sebagai cagaran.

Ketua Polis Daerah Serdang, A A Anbalagan berkata, kad itu bersama kod pinnya dijual kepada sindiket lain pada harga kira-kira RM2,500 satu.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati sekurang-kurangnya 10 pengeluaran wang yang berjumlah RM245,000 telah dibuat.

Tonton video di sini.

Susulan itu beliau berkata, lima individu berusia 25 hingga 39 tahun ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial daerah itu menerusi serbuan di Puchong dan Gombak dari 14 April lalu hingga hari ini.

“Mereka mengaku menjadi ‘runner’ mengumpul kad dan menghantarnya kepada sindiket lain,” katanya dalam sidang media di Serdang hari ini.

Pasukan itu turut merampas 38 kad ATM, 20 kad sim Singapura dan wang tunai sebanyak RM3,957.

Katanya, sindiket itu menjanjikan pinjaman peribadi kepada individu memerlukan wang tunai yang akan menyerahkan kad ATM dan kod pin sebagai cagaran.

Tetapi, mangsa tidak pernah menerima pinjaman mereka, manakala kad ATM mereka dijual pada harga kira-kira RM2,500 setiap satu kepada sindiket lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.