Malaysia akan rayu ihsan Saudi tambah kuota haji

Malaysia akan rayu ihsan Saudi tambah kuota haji

Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad tidak dapat memberi jaminan sama ada permohonan itu akan diluluskan atau tidak.

Malaysia diberikan 14,306 kuota haji bagi tahun ini, berkurangan daripada 31,600 jemaah yang dibenarkan pada 2019. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Malaysia akan merayu Arab Saudi menambah kuota haji tahun ini, sekiranya ada negara yang menolak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, Putrajaya akan merayu melalui Kedutaan Arab Saudi dalam masa terdekat.

Katanya, penambahan kuota haji itu tertakluk kepada kekosongan yang tidak dapat diisi negara lain.

“Kita akan cuba merayu dan memohon ihsan daripada kerajaan Arab Saudi, namun tidak dapat memberi jaminan sama ada permohonan ini diluluskan atau tidak,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Terdahulu, Idris dalam pengumuman langsung di Facebook petang tadi berkata, Malaysia diberikan 14,306 kuota haji tahun ini, iaitu 45% daripada kuota tahunan biasa.

Kuota itu berkurangan daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan menunaikan rukun Islam kelima itu pada 2019.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.