
Ia menyumbang punca terendah untuk nahas jalan raya maut daripada ribuan angka yang dicatatkan membabitkan kemalangan maut dalam tempoh 10 tahun.
Kemalangan membabitkan satu kenderaan yang terbabas sendiri merupakan penyumbang tertinggi kepada kematian jalan raya iaitu 19,570 punca.
Mengikut definisi, kemalangan kenderaan tunggal melibatkan hanya satu kereta, lori, motosikal atau jenis kenderaan bermotor yang lain. Bagaimanapun, statistik polis itu tidak memberikan pecahan berdasarkan jenis kenderaan terbabit.
Dalam pada itu, pemanduan cuai semasa keluar atau masuk ke simpang jalan susur mencatatkan jumlah kedua tertinggi dengan sebanyak 6,590 punca.
Menurut polis, tingkah laku jalan raya lain yang menyebabkan nahas maut adalah memotong dan tukar laluan (6,560), perlanggaran kerana tidak menyedari halangan seperti kenderaan, objek atau binatang (6,336), pusingan U, patah balik atau menyeberang (2,570), memandu melawan aliran trafik (1,731), tidak ikut lampu isyarat (1,398) dan tertidur ketika memandu (1,305).
Dalam tempoh sama, sebanyak 1,990 punca yang menjurus kepada nahas maut akibat kecuaian pejalan kaki.