
Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata perkara itu akan diperhalusi bersama ADUN.
“Demi memastikan tidak ada lagi ahli politik yang tidak berprinsip yang mengkhianati mandat rakyat…Insya-Allah saya bersama ADUN Johor akan memperhalusi dan melaksanakan anti-lompat parti ini di Johor,” katanya di Facebook.
Menerusi hantaran itu, Onn Hafiz berkata beliau menerima kunjungan Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said dan mendengar cadangan penggubalan rang undang-undang berkaitan anti-lompat parti di peringkat Persekutuan.
Usaha melaksanakan enakmen anti-lompat parti merupakan antara inisiatif bawah Ikhtiar Barisan Nasional Johor ketika pilihan raya negeri 12 Mac lalu.