Pemilihan PKR: Amirudin nafi jadi calon ‘wahyu presiden’

Pemilihan PKR: Amirudin nafi jadi calon ‘wahyu presiden’

Semalam, calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan strategi kempen mendakwa diri mereka sebagai calon pilihan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Calon Naib Presiden PKR Amirudin Shari, berkata kempen menggunakan ‘wahyu presiden’ tidak semestinya berkesan dalam menarik sokongan pada pemilihan parti seperti yang berlaku sebelum ini.
PETALING JAYA:
Calon Naib Presiden PKR Amirudin Shari menafikan dakwaan beliau mendapat ‘wahyu presiden’ bagi merebut jawatan berkenaan, menjelang pemilihan parti itu, bulan depan.

Beliau yang juga menteri besar Selangor, berkata perkara yang tidak seharusnya timbul dalam pemilihan parti perlu dibuktikan dengan jelas.

“Saya sendiri mendapat pandangan daripada semua pihak termasuk presiden PKR (Anwar Ibrahim).

“Tidak semestinya pandangan itu kita ikut bulat-bulat atau pun kita terima, kalau kita terima pun tidak salah.

“Tetapi, yang salahnya mengatakan saya calon presiden. Saya bukan calon presiden kerana ini bukan masanya, sebaliknya apa yang ingin kita bawa untuk parti,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Amirudin berkata, kempen menggunakan ‘wahyu presiden’ tidak semestinya berkesan dalam menarik sokongan pada pemilihan parti seperti yang berlaku sebelum ini.

“Sebelum ini, ada pihak yang menggunakan cadangan ini seperti pemilihan pada 2013 dan 2018.

“Kalau tak ikut calon ini, sebenarnya kamu hendak melawan presiden dan ini berlaku pada 2018 termasuk daripada mereka yang menimbulkan hal ini,” katanya.

Semalam, calon timbalan presiden, Rafizi Ramli, berkata ada calon bertanding mendakwa mereka menjadi pilihan presiden sambil memberi gambaran sekiranya tidak mengundi golongan berkenaan dianggap tidak setia kepada “institusi presiden”.

“Pemilihan kali ini sewajarnya tidak dicemarkan dengan emosi, serangan peribadi atau kempen yang bersandarkan ‘wahyu’,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.