
Katanya, dasar baharu itu yang dijadualkan mula berkuat kuasa 1 Mei ini, akan mengecualikan sektor tidak formal dan mengalami kerugian akibat impak ekonomi daripada pandemik Covid-19.
Industri pelancongan dan hotel negara teruk terjejas dengan sekatan perjalanan serta penutupan sempadan akibat pandemik Covid-19.
“Antara mereka yang diberikan pengecualian ialah petani, hotel dan pemain industri pelancongan, serta syarikat mempunyai kurang daripada lima pekerja,” katanya selepas melancarkan inisiatif microcredential Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) hari ini.

Beliau berkata, pengecualian itu diberikan susulan permintaan Kabinet dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Sebelum ini, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menggesa dasar baharu gaji minimum dilaksanakan ke atas semua sektor dan pembantu rumah.
Presidennya, Shafie BP Mammal berkata, kenaikan RM300 daripada kadar terdahulu RM1,200 akan memberi kelegaan kepada pekerja yang masih bergelut mencari punca pendapatan, walaupun ia masih dianggap rendah.