19 kematian baharu Covid-19, 7,739 kes

19 kematian baharu Covid-19, 7,739 kes

Sebanyak tiga kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

19 kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan tiga kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 19 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 7,739 kes Covid-19 merangkumi 7,716 penularan tempatan dan 23 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, tiga korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,311.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu empat kes, diikuti Johor, Kedah, Pahang, Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur (masing-masing dua kes), serta Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu (masing-masing satu kes).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 134,469 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 174 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 102 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 19,049 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,333,557.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.