
Bagaimanapun beliau berkata, PH tidak akan berbuat demikian kerana mengikuti Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dengan parti pembangkang.
“Kerajaan dibina melalui ‘Sheraton Move’ tak stabil. Tak lama perdana menteri berkuasa dan tukar PM baru (beberapa kali).
Tonton video di sini.
“Sekarang kalau kami mahu perdana menteri ini pun boleh ditukar. ‘If we want’. Kami tak mahu. Kami dah buat perjanjian MoU. Jadi perdana menteri buatlah kebaikan untuk rakyat sehingga PRU akan datang,” katanya ketika membahaskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022.
Dalam pada itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, setakat ini Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengikuti MoU yang telah dimertai dengan pembangkang.
Beliau berkata, bagaimanapun MoU itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.
“(Lihat) bagaimana sikap terbuka pihak kami. Kalau kami mahu dengan majoriti sedikit di sana kita boleh tawar apa-apa jawatan kepada mereka (kerajaan) datang sebelah sini. (Jadi) menteri pula aku.
“Tetapi kita bukan jenis itu. Kalau dah tandatangan MOU, kita ikut. Perdana menteri setakat ini Alhamdulillah (kita) lihat ikut MoU ini,” katanya.