Ahli Dewan Negara juga perlu dimasukkan dalam akta anti-lompat parti, kata Nazri

Ahli Dewan Negara juga perlu dimasukkan dalam akta anti-lompat parti, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata ini berikutan ada ahli Dewan Negara yang dilantik oleh satu parti dilihat beralih sokongan selepas PRU14.

(Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz menggesa Ahli Dewan Negara juga mestilah dimasukkan dalam akta antilompat parti.

Beliau berkata, ini berikutan terdapat juga ahli Dewan Negara yang dilantik oleh satu parti dilihat beralih sokongan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Ahli Dewan Negara juga perlu, bukan hanya ahli Dewan Rakyat sahaja.

Watch the video here.

“Tidak ada sebab mereka terlepas daripada apa dibincangkan hari ini. (Mereka) juga mesti terikat, tidak juga boleh lompat.

“Sebagai contoh ada lantikan ahli Dewan Negara daripada BN beralih sokongan kepada PH selepas PRU14,” katanya ketika membahaskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan berkata, Perlembagaan perlu dipinda bagi memberi kuasa kepada pembentangan RUU antilompat parti yang didesak parti pembangkang.

Pindaan Perlembagaan itu dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. RUU itu pada mulanya dijadual dibentangkan pada tarikh sama tetapi ditangguhkan susulan perbezaan pendapat dalam Kabinet.

Dalam pada itu, Nazri juga meminta pindaan itu turut membenarkan seseorang yang meletak jawatan dalam parti dibenarkan bertanding dengan menjadi wakil Bebas untuk memberinya hak untuk bertanding semula.

“Diharap dalam pindaan ini dibuang sekatan lima tahun bertanding jika letak jawatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.